Saturday, July 23, 2016

Aku dulu dipanggil GFN ;Good For Nothing

Awas. 
Sesi luahan panjang 

Dulunya aku.. Dipijak2 dihina difitnah ditomah dibodoh-bodohkan
Those "Di" made me believe that I'm not a worthy person.

Gelaran mereka beri pada aku,GFN; Good For Nothing.

Kata-kata aku diputar belitkan. Mereka minta aku menjadi diri sendiri dan bercakap jujur namun dikata pula aku biadap, aku ni tak pandai menjaga hati, aku terlalu berterus terang.

Dalam keliru.. aku mampu hanya mengadu kepada Ilahi. Aku berdoa diiringi tangisan..

"YA Allah.. kalau aku benar2 hamba teraniaya.. Kau tempatkan lah aku di suatu tempat yg selayaknya dengan aku. Tetapi Ya Allah.. sekiranya aku sememangnya layak dilayan sebegini.. aku redha kalau ini lah tempat terbaik untuk aku."

Berkali2 bibir ini mengucapkan doa.

Kini Aku melihat diriku . Doa adalah cermin aku.
Aku melihat aku tidak lah sehina-hinanya di mata manusia.
Aku tidak lah seorang yang GFN seperti yang mereka war warkan.
Apa aku lihat, ALLAH tunjukkan.. I am worth it. opposite dr apa yang aku pernah percaya.

Kerana: Setiap hamba ada keistimewaan dan kelebihan masing2.
Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Setiap kasih sayangnya nampak pada kita yang bergelar manusia.

Jgn berputus asa. Ada Manusia yg akan sentiasa mengata dan berkata-kata.
Namun doa kita adalah hubungan istimewa kita dengan pencipta.

Dia tunjukkan sebenarnya siapa kita.. dan mengingatkan kenapa dia mencipta dan menulis cerita kita begitu..

Hanya kerana satu Asbab..

Allah terlalu menyayangi hambanya. Apa yg pernah berlaku, berlaku dan bakal berlaku hanya terjadi dengan IzinNya.

Put your head up and

 "Syukur Ya Allah."

Monday, June 14, 2010

Tudung tak tudung??


salam... Isu pakai tudung ni dah lama sebenarnya menjadi tanda tanya pada saya. saya dah banyak kali pakai tudung pastu bukak balik. stat dari sekolah dulu kot...
saya tak pernah taw kenapa saya pakai tudung.. but bila pakai saya rasa seolah saya jadi sangat baik, pastu saya mula rasa bosan jadi baik sebab saya rasa seolah saya sedang berlakon semata2.

untuk kesekian kalinya saya pakai tudung, waktu tu saya mengandung sebulan (kamil) dan saya tak taw kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung..bila saya appear in public dengan imej bertudung, kecoh la satu semesta ALAM SHAH. ader la kawan2 yang memeluk sambil berkata" wah.. tahniah! norie dah jadi baik" saya rasa insulted dengan komen2 demikian walaupun ianya mungkin berniat baik. Nape?? jahat sangat ker saya sebab tak bertudung???? huh! waktu tu saya masih ingat, saya sering perhatikan gelagat2 mereka yang bertudung litup ni... sesetengah tu mak aii... mulut... perangai.. hati..! saya jadi meluat dengan orang2 ni. setahu saya saya tak mau jadi mcm mereka. hipokrit! memang setelah bertudung saya mudah diterima, tapi saya dapat rasakan saya pun sudah mula menjadi sebahagian dari group yang suka mengata orang.mcm bila kita bertudung ni.. dah semacam tercop kat dahi yang kita ni baik. itukah saya??? saya tak mau jadi hipokrit. saya makin tak kenal siapa saya.. tudung dah pakai, tapi saya makin confuse. saya confuse dengan diri saya sendiri.

saya rasa saya bertudung litup sekejap saja, pastu saya bukak balik. gi sekolah saya pakai, kat luar saya tak pakai.. saya nak cari siapa diri saya. saya tak mau jadi orang lain!orang2 yang sepatutnya jadi contoh tak menunjukkan contoh yang baik.

waktu saya terlantar kat hospital, sorang pun warga sas tak datang menjenguk.. yang datang cume EX2 students saya sahaja... waktu saya sorang2 kat katil, ( kebetulan bilik saya cume ontuk sorang) tetibe ader hamba Allah ni masuk. saya tak dapat bergerak banyak, dan pulak waktu tu saya berseorangan ... lelaki yang berbangsa india ini masuk ke bilik. dia memberi salam. saya terima kehadiran dia sebagai pelawat. dia bagitau yang dia sedang menjaga kakaknya yang juga pesakit C. kami berbual2, saya sering mengeluh tentang nasib, kenapa la saya yang sakit?.. dia cakap GOD sayang saya.. dia cakap jesus sayang saya.. saya terkedu.. baru la saya taw rupa-rupanya dia seorang paderi. saya agak amaze dengan tingkah laku dia, sopan santun dia dan kebaikan dia yang berkongsi cerita. dia berdakwah tentang Agamanya. saya cuma mendengar.. dalam sakit2 saya tak kuasa nak berdebat. walaupun saya tak setuju dengan kebanyakan yang di perkatakan, tapi saya mengakui saya agak kagum dengan cara dia berdakwah.. tertanya2 saya, maner ustaz n ustazah yang sepatutnya ader di sisi. cuba la kalau waktu itu saya sedang nazak n takder orang nak ajar mengucap, dan kebetulan paderi tu yang ader di sisi??? ape akan jadi pada saya?? Nauzubillah... saya mengucap sendiri.

apa yang saya persoalkan di sini ialah, kalau la iman sy tidak teguh pasti saya akan mengikuti beliau. saya bukan seorang yang racist, bagi saya sebagai manusia kita sepatutnya melayan semua manusia mengikut hak2 kemanusiaan. tentang agama dan budaya adalah perkara yang melibatkan hak individu. yang saya kesalkan,cara orang kita berdakwah( yang saya kenali)agak mengjengkelkan. adakalanya seperti menghina, menegur dengan kasar dan ader sesetengah bercerita dari belakang. di depan bukan main la baik dengan meminjamkan telinga, tapi lepas tu, ape yang di dengar dikongsi pulak dengan orang lain. habis aib dibuka.

setelah saya kecewa dengan ape yang berlaku.. saya mula protest. saya bukak balik tudung! saya tak taw kenapa saya pakai tudung n kenapa saya kene berbuat demikian. saya tertanya2 ape gunanya bertudung kalu hati busuk sebusuknya. tak lama selepas tu, saya keluar dari SAS atas alasn bercuti tanpa gaji selama 6 bulan. saya ingat saya akan lega sebab dah tak perlu berpura-pura lagi. tudung terus saya buang dari kepala saya.

Alhamdullilah rezeki saya dalam bidang yang saya ceburi amatlah murah.berganda dari ape yang pernah saya peroleh. memang saya gembira dan bersyukur.. namun entah kenapa hati saya tidak pernah tenang.. saya pelik dan mula merasa ragu. banyak benda yang saya mula persoalkan, namun atas kuasa Allah SWT, suatu hari saya terpanggil untuk membuka profile one of my ex student, syafiq nordin dalam face book. kebetulan dia ader post something berkenaan dengan tudung. saya terpanggil untuk baca post tu.. dan hati ni immediately terbuka untuk bertudung kembali..

kini hati saya sudah kembali tenang. saya sudah tahu kenapa saya bertudung dan saya yakin bahawa kali ini saya akan bertudung untuk selamanya. kerana ape yang yang saya cari sudah saya temui. saya yakin dengan keputusan saya kali ni dan tidak ader perasaan was2 atau menyesal walau sedikit pun..

kenapa saya bertudung??? jawapan yang senang tapi selama ini buta hati saya untuk memahami... saya bertudung kerana ianya wajib! suka atau tidak, ikhlas atau tidak,baik hati ker, busuk hati ker, hijab itu wajib ke atas saya. tak kira atas ape jua alasan, tudung itu tetap wajib kerana ianya suruhan Allah.. dan sebagai hambaNYA kita tiada alasan selain menuruti.. kerana saya sedar, menutup aurat itu bukan di suruh oleh Rasul, Nabi dan para Ulama, tapi itu adalah perintah dari Allah yang maha Esa. Dan sebenarnya atas sebab itu la saya pasti bahawa saya tidak boleh menyesal dengan keputusan saya buat..

ikhlas atau tidak.. hanya Allah yang taw.. saya pun sebenarnya tak pasti, tapi moga2 Allah SWT ikhlaskan hati saya dalam menurut segalah suruhanNya.


saya tak kata saya baik bila bertudung. baik ataw tidak itu something yang bukan saya boleh judge, tapi saya bertudung atau menutup aurat ni kerana ianya wajib ke atas saya. itu sahaja. jadi tak payah la susah2 nak ucap tahniah, sebab ianya benda yang wajib dan tak perlu diperbesarkan atau dipersoalkan. still nak bertudung atau tidak, itu adalah hak individu.. tak fair kita nak judge orang hanya semata2 kita dah bertudung kerana tudung tu bukan lambang iman! Iman letaknya di hati.. bukan di Kepala!


wassalam!

:)